sejarah nasionalisme T_T

  

NASIONALISME 

Nasionalisme adalah satu ideologi atau kefahaman yang meletakkan negara dan bangsa pada tempat yang tinggi. Atau yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Ia berbeza dengan patriotisme.

Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kesahihan politik" (political legitimacy). Ia berpunca dari teori romantisme iaitu "identiti budaya", hujah liberalisme yang menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori.

Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan, seperi yang dinyatakan di bawah. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya.


PERKEMBANGAN NASIONALISME DI BARAT

Perkembangan Idea Nasionalisme

Revolusi Keagungan (Glorious Revolution) 1688 di England

• Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat.

• Pemerintahan Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undang – undang.

• Ahli parlimen menentang raja berkuasa mutlak.

• Disokong Mary II dan suami Raja William of Orange dari Belanda.

• Menyedari sokongan semakin kurang Raja James II lari ke Perancis.

• Peristiwa dikenali Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa secara aman tanpa pertumpahan darah.

• Bill of Rights digubal untuk memberikan keutamaan kepada parlimen menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai.

 

Revolusi Amerika (1776)

• Reaksi orang Amerika menentang British kerana tidak melindungi hak penduduk Amerika.

• Menentang akta memungut cukai di jajahan - Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh.

• Guna slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” kerana tiada wakil Amerika dalam Parlimen British.

• George Washington mengetuai kongres dan isytihar perang terhadap British untuk memperjuangkan kemerdekaan Amerika.

• Kongres meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang menegaskan.

• Revolusi berakhir 1783 - British mengakui kemerdekaan Amerika.

• 113 buah bekas tanah jajahan digabung dan diberi nama baru sebagai Amerika Syarikat yang perkenalkan demokrasi.

 

Revolusi Perancis 1789

  • Idea nasionalisme yang perjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraa oleh pemikir Perancis - Jean Jacques Rousseau dan Voltaire.

• Peranan Rousseau telah menulis The Social Contract.

- Keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

 

Suara rakyat adalah merupakan kata sepakat golongan yang mempunyai kesedaran.

- Kedaulatan suara rakyat lebih penting daripada institusi raja dan birokrasi

• Sasaran golongan revolusi adalaht terhadap pemerintah autokratik Raja Louis XVI dan golongan bangsawan.

- Golongan ini memonopoli pelbagai keistimewaan sebaliknya rakyat terbeban dengan cukai

- Menggempur penjara Bastile.

- Membebaskan tahanan politik.

- Menggulingkan Raja Louis XVI

• Kesan revolusi - Kemunculan Republik Perancis yang menamatkan sistem beraja di Perancis.


PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA


 

  • Kesinambungan idea nasionalisme di Barat.

 • Kedatangan dan penjajahan kuasa eropah di asia telah mencetusakan kebangkitan nasionalisme.

 

Nasionalisme di India.

• Reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisme British.

• Kebangkitan rakyat dalam Dahagi India 1857.

- Dilancarkan oleh sepoi / askar upahan British berbangsa India.

- Merupakan reaksi kepada ancaman pengaruh British terhadap adat, budaya dan agama masyarakat setempat

• Awalnya, memberikan perhatian kepada isu sosioagama.

• Brahmo Samaj dan Arya Samaj - pertubuhan penting yang menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan kesan dari pengaruh budaya Barat

• Perkembangan pendidikan Barat membawa kemunculan golongan intelek yang memulakan gerakan lebih tersusun dengan menubuhkan Kongres Kebangsaan India (INC) pada 1885 dan Liga Muslim pada 1906

• Gerakan bersifat radikal oleh Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal secara militan terhadap British

• INC dan Liga Muslim bentuk jawatakuasa khas bagi merangka rancangan pembahagian India iaitu India dan Pakistan.

• 14 Ogos 1947 Pakistan diumum merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sbg Gabenor Jeneral Pakistan.

• 15 Ogos 1947 India umum merdeka dengan Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri Pertama India


Nasionalisme China

• Bertujuan mengukuhkan peradaban China dalam kalangan org Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing.

• Perkembangan bermula dengan penentangan terhadap kelemahan dinasti Manchu yang dianggap orang luar dan kehilangan mandate.

• Rakyat hilang kepercayaan terhadap Dinasti Manchu yang gagal menghalang kemasukan pengaruh Barat

• Gerakan seterusnya bercorak anti - Barat kerana menentang campurtangan kuasa Barat di China

• Peranan Sun Yat Sen.

- mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i) sebagai ideologi - nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.

- Menjadi asas kepada Revolusi China 1911 yang berjaya menumbangkan Dinasti Manchu.

- Muncul pemerintahan republik di China.


Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir


• Kesedaran mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam

• Mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah

• Gerakan Islah

- Gerakan pemulihan Islam.

- Dipelopori Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.

- Pertembungan budaya Eropah - Amerika dengan budaya tempatan.

- Menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan Hadis.

 • Gerakan Pan - Islamisme

- Peranan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan kumpulan al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat).

- Memperkuat rasa persaudaraan dan umat yang maju.

- Menerbitkan akhar al-Urwah al-Wuthqa.

- Untuk sebar idea penyatuan persaudaraan umat.

 - Bangkit menentang perluasan kuasa Barat.

 - Empayar Uthmaniyah keluarkan fatwa menyeru umat Islam yngg tindas Barat bangkit berjuang bersama empayar Uthmaniyah.

 - Khalifah Abdul Hamid II - Menggerakkan idea dan mendapat sokongan termasuklah Tanah Melayu seperti Kebangkitan Tok Janggut 1915.


Nasionalisme di Jepun

   • Kesedaran untuk mencapai kemajuan.

  • mengelakkan ancaman imperialisme Barat.

 • Pemulihan Meiji

 - Dilancarkan oleh Maharaja Mikado Meiji (1868).

 - Menekankan pemodenan mengikut model Barat.

 - Supaya Jepun dihormati kuasa Barat.

 - Prinsip dan semangat bushido - asas membina nasionalisme rakyat dan semasa era Pemulihan Meiji

 - Pemulihan meliputi pembaharuan dalam aspek kehidupan yang menjadikan Jepun sebagai negara industri dan kuasa tentera

 - Desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh tentera menjadikan Jepun sebagai kuasa imperialis di Asia

 

Semangat Bushido - Sikap sanggup menanggung risiko, bersungguh² mencapai cita²

- Sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara


PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


 • Gerakan membebaskan diri daripada penjajahan barat

• Di Thailand – Bersifat menuntut pembaharuan dalam pentadbiran ke arah mengekalkan kedaulatan negara

 

Nasionalisme di Filipina

• Untuk menghapuskan penjajahan asing.

• Tokoh - Jose Rizal, Andres Bonifacio, Emilio Aguinaldo Peranan Jose Rizal.

• Awal berbentuk Gerakan Propaganda.( Jose Rizal )

- Filipina dijadikan sebahagian wilayah Sepanyol.

- Hak yang sama seperti bangsa Sepanyol.

- menubuhkan Liga Filipina 1892.

- Mendesak Sepanyol melakukan perubahan politik, ekonomi dan sosial

• Kegagalan Propaganda mencetuskan idea lebih radikal.

- Menubuhkan Katipunan untuk memperoleh merdeka melalui revolusi.

- Menggunakan akhbar Kalayan untuk sebar idea revolusi.

- Bonifacio bersama Aguinaldo memimpin Katipunan melancarkan Revolusi Filipina 1896.

- Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya usir Sepanyol.

- Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo 1899 tidak diiktiraf Amerika Syarikat sebaliknya di bawah Amerika Syarikat

 

 Dibawah penjajahan Amerika Syarikat.

- Nasionalis ubah strategi dengan mengguna saluran diplomasi melalui parti politik sederhana.

 - Membolehkan Sergio Osmena (Parti Nasionalis) dilantik anggotai Dewan Perhimpunan Filipina 1907

 - Gerakan kemerdekaan diteruskan nasionalis sehingga Perang Dunia ke-2


Nasionalisme Burma (Myanmar )

• Perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi), Thakin (siswazah universiti) dan petani .

• Nasionalisme golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat disebabkan pengaruh British mengancam kedudukan agama Buddha

• Peranan Persatuan Belia Buddha 1906

- Untuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma.

- Menggunakan isu kasut

- Dianggap mencemari kesucian agama Buddha.

• Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma.

• Memperjuangkan bangsa Burma

• Berlaku revolusi pelajar - menuntut penubuhan university.

• Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am

- mencetuskan Pemberontakan Saya San.

- Mendapat sokongan petani yang terbeban dengan pelbagai cukai

• Pengenalan Perlembagaan Burma 1935

- memisahkan Burma dan India.

- merangsang perjuangan ke arah berkerajaan sendiri

• Peranan Golongan Thakin

- Menubuhkan Parti Do Bama Asiayone

- Memperjuang kemerdekaan Burma.

- Pemimpin parti spt Aung San, Kyaw Nein dan U Nu menggelar diri sebagai “Thakin” (Tuan).

- Mnegaskan org Burma mesti bertuankan org Burma.

- Dr. Ba Maw memenangi pilihanraya 1937 dilantik sebagai Perdana Menteri pertama.


Nasionalisme di Vietnam

 • Akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi selepas kedatangan Perancis -1918.

• Dipelopori golongan bangsawan dan pegawai dari golongan mandarin.

• Pembesar yang menerima pendidikan Confucius.

 

 Mereka memperjuangkan pemulihan sistem beraja.

• Golongan intelektual meningkatkan kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis.

• Idea disalurkan melalui akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee yang mengkritik penindasan Perancis

 • Menuntut hak rakyat Aliran ideologi.

• Bercorak revolusi yang didokong dua aliran ideologi

 • Nasionalisme - Parti utama ialah Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) atau Parti Nasionalis Vietnam pimpinan Nguyen Thai Hoc.

 • Komunisme - Diterajui Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh

• Perjuagan VNQDD

- Berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosialisme

 - Melancarkan pemberontakan 1930 untuk mengusir Perancis.

 - Menubuhkan republik Vietnam.

- Perancis melumpuhkan gerakan - menangkap pemimpin VNQDD dan menghukum Nguyen Thai Hoc

• Perjuangan Parti Komunis Vietnam

- Ho Chi Minh berjaya isytiharkan kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam.

 - Beliau dilantik sebagai presiden pertama.

- Vietnam Selatan berpusat di Saigon berada di bawah Perancis dan Amerika Syarikat.

- Gerakan menentang Barat diteruskan sehingga Republik Vietnam terbentuk 1976.


Nasionalisme Di Indonesia

• Berkisarkan Isu pendidikan untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar Belanda

• Peranan Adjeng Kartini sebagai pelopor perjuangan untuk memajukan pendidikan wanita.

• Karya (surat) diutuskan kepada rakan di Eropah dibukukan dan diterbitkan berjudul Hilang Gelap Terbitlah Terang.

 • Karya diterjemah ke bahasa Inggeris dengan judul Letters of Javanese Princess.

• Karya mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang menindas dan membawa kemunduran.

 • Peranan Pertubuhan Muhammadiyah - Lebih tersusun untuk mempertahankan agama Islam dari ancaman sekularisme Barat.

• Sarekat Islam - lebih radikal - memperjuang kemerdekaan.

 

 Partai Nasionalis Indonesia ( PNI ) – Sebuah parti yang berpengaruh di bawah pimpinan Soekarno.

• Kongres pemuda Indonesia melajirkan ikrar “ sumpah pemuda “ yang menjadi tonggak nasionalisme.

 • Tiga asas sumpah tersebut – satu tanah air, satu bangsa dan satu Bahasa.


Perang Dunia Pertama (atau Perang Dunia I) ialah sebuah perang dunia yang berlarutan antara 28 Julai 1914 - genap sebulan setelah pembunuhan terancang Erzherzog Franz Ferdinand dari Austria dan isterinya di SarajevoBosnia oleh seorang pengganas Serbia - hingga 11 November 1918.

Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia atas pembunuhan ketua negaranya dengan sokongan Empayar Jerman pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman sebagai tindak balas ini.

Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917Amerika Syarikat memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu.

Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian peletakan senjata pada 11 November.

Di bawah Persetiaan Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia Pertama, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayah EropahnyaPoland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar Poznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia Barat. Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun.

Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.

Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta.

Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai

"peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku.


SOALAN KBAT


Sejauh manakah perubahan politik dunia telah mengubah tindakan dan pemikiran orang melayu sebelum merdeka ?

 

Pada pendapat saya, perubahan politik dunia telah mengubah pemikiran orang Melayu sebelum Merdeka kepada menjadi lebih profesional dan sistematik dalam membuat keputusan.

Hal ini disebabkan oleh pentadbiran dan ketenteraan negara negara luar yang menjadikan orang Melayu berpemikiran lebih matang dan lebih maju ke hadapan.

Orang Melayu menyedari perkara ini selepas penjajahan yang berlaku ke atas negara mereka yang menjadikan mereka ingin bebas daripada jajahan kuasa luar.

Perkara ini membuatkan mereka lebih bijak untuk mengatur segala strategi dan muncullah semangat nasionalisme dalam diri mereka.

Seperti contoh, pertahanan negara menjadi lebih maju dan negara kita lebih aman selepas merdeka kerana kita telah mempunyai pelbagai barang senjata moden.

Key concept change dapat dikaitkan ialah perubahan cara pemikiran masyarakat dan pemimpin untuk memajukan negara setaraf dengan negara maju di luar sana.

 Perjuangan nasionalis di seluruh dunia telah memberikan kesan kepada nasionalisme orang Melayu sebelum merdeka. Jelaskan.

 

Kesedaran nasionalisme di negara kita dapat ditelusuri sejak  zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Sejarah perjuangan bangsa menghadapi ancaman luar dapat dilihat.

Usaha pemimpin seperti Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mahmud Shah seharusnya disanjung.

Sultan Mahmud Shah berusaha mendapatkan Melaka kembali dengan melakukan tiga kali serangan namun gagal.

Selain itu, perjuangan Sultan Abdullah Mukarram Shah dapat dilihat apabila beliau berusaha mendapatkan Pulau Pinang kembali yang merupakan sebahagian

daripada wilayah Kedah.Mereka semua menunjukkan semangat nasionalisme yang tinggi ke atas negara dan tidak pernah menyerah kalah.

Perkara ini dapat dikaitkan dengan related concept process kerana mereka telah mengambil iktibar daripada kegagalan yang mereka hadapi.


   Bagaimana nasionalisme di Asia Tenggara telah mempengaruhi politik dunia.

 

Nasionalisme di Asia Tenggara telah mempengaruhi politik dunia dengan golongan nasionalisme tidak putus asa dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Ini menjadikan politik dunia semakin maju dengan adanya pemikiran seperti ini.Sebagai contoh, apabila pengisytiharaan kemerdekaan Filipina tidak diiktiraf, golongan nasionalisme ini mengubah strategi perjuangan

dengan menggunakan saluran diplomasi melalui parti politik sederhana.Mereka tidak menyerah dan menuntut kemerdekaan ini sehingga Perang Dunia Kedua.

Nasionalisme di Indonesia juga telah mempengaruhi politik dunia dengan  kesedaran yang terus berkembang dengan kemunculan pertubuhan yang lebih tersusun untuk mempertahankan agama Islam.

Related concep power boleh dikaitan kerana dengan semangat mereka, mereka telah membuka mata dunia untuk tidak berputus asa.


Debatable-Generasi muda hari ini tidak patriotik dan hilang jati diri.Hujahkan

 

Saya bersetuju dengan pernyataan ini kerana generasi muda tidak mengambil peduli tentang isu semasa, terutamanya isu politik atau masalah dalaman negara .

Contohnya, generasi muda menjatuhkan nama negara dengan memuat naik perkara yang memburukkan negara dan tular di media sosial tentang perbuatan generasi muda yang

menconteng muka perdana Menteri yang telah dilukis pada dinding.

Selain itu, mereka juga tidak menghayati sejarah zaman dahulu.Kesannya,mereka tidak dapat mengambil iktibar pengorbanan tokoh sejarawan dahulu.Kesannya, banyak kesilapan-kesilapan pemimpin lalu terus dicontohi.

Seterusnya,negara yang telah moden menyebabkan generasi sekarang melupakan asal usul mereka.Mereka lebih ghairah untuk mencontohi budaya barat.

Di samping itu,mereka banyak terpengaruh dengan keseronokkan yang ditayangkan di media sosial menyebabkan mereka mempunyai akhlak yang rosak.

Sebagai contoh, mereka merosakkan imej negara kerana menunjukkan pergaulan bebas yang tidak menunjukkan budaya dan tatasusila sebagai rakyat Malaysia.

Kesimpulannya, generasi kini sangat mudah dipengaruhi dan pihak-pihak berkaitan seperti sekolah dan ibu bapa perlulah memainkan peranan bagi membentuk generasi yang lebih baik pada masa hadapan.

Related concept yang boleh dikaitkan ialah change kerana generasi muda kini banyak berubah setelah mencapai kemerdekaan.